cara topup simkad BESTmobile

Lepas saya join BESTMobile nanti, kat mana saya boleh topup simkad BESTMobile saya ni nanti?

Sebenarnya sebagai pengguna simkad BESTMobile, ada tiga kaedah atau cara untuk anda lakukan tambah nilai.

Jadi, dalam catatan kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa cara yang anda boleh lakukan.





1) Topup menerusi mana-mana premis perniagaan yang mempunyai sistem e-pay

Anda tak pasti macam mana nak tahu sama ada premis perniagaan tersebut ada sistem e-pay ataupun tidak?

Mudah sahaja.

Cari kedai yang memaparkan logo e-pay seperti dibawah ni:



.

Berikut adalah senarai kredit yang anda boleh beli melalui sistem e-pay



Pada waktu catatan ini saya buat, kredit BESTMobile masih belum mula dijual lagi.

Sebabnya, tarikh perlancaran BESTMobile adalah pada bulan April 2015 nanti.

Untuk pengetahuan anda, anda sebenarnya boleh membuat isian semula kredit dengan membeli kredit reload BESTMobile ataupun FRiENDi Mobile.

Ya.

Kredit FRiENDi Mobile memang dah mula dijual.

… dan untuk makluman anda juga, sebenarnya terdapat lebih daripada 10,000 premis perniagaan yang mempunyai sistem e-pay antaranya ialah di petrol station, watsons, 7Eleven dan banyak lagi. Anda boleh lihat pada gambar dibawah:




2) Belian kredit BESTMobile menerusi laman web FRiENDi Mobile

Anda boleh layari http://www.friendimobile.my/

Paparan seperti dibawah akan kelihatan




Anda hanya perlu tekan pada pautan diatas, dan paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.




Topup yang boleh dibeli secara online menerusi laman web FRiENDi ini adalah dari serendah RM10 ke RM100.


3) Dapatkan topup daripada Brand Partner BESTMobile yang menjual topup BESTMobile

Uniknya di BESTMobile ialah, setiap ahli/ pengguna/ dealer simkad BESTMobile menyandang gelaran Brand Partner.

Pihak syarikat turut menawarkan peluang kepada Brand Partner ini untuk menjadi ejen jualan topup BESTMobile. Dengan ini, anda dapat membantu rangkaian pelanggan anda untuk mendapatkan topup dengan seberapa pantas.





Di BESTMobile, anda juga berpeluang untuk memaksimakan pendapatan anda sebagai ejen jualan topup BESTMobile.

Syaratnya?

1. Anda mesti jadi pengguna simkad BESTMobile terlebih dahulu.
2. Dapatkan simkad STK atau singkatan bagi Sim Tool Kit yang berharga RM60
3. Beli kredit tambah nilai daripada HQ.
4. Mula jual topup kepada rangkaian pelanggan ditempat anda


Simkad STK BESTMobile adalah simkad khusus untuk tujuan reload atau tambah nilai sahaja.

Anda tak boleh gunakan simkad ini untuk tujuan call, SMS atau data.

Untuk topup simkad STK anda nanti, ianya boleh dilakukan secara online menerusi web rasmi BESTMobile, iaitu http://www.bestmobile.my

Jika anda ingin menempah simkad STK ini, anda juga boleh dapatkan dari saya dengan menekan pautan ini.

Sekiranya anda adalah merupakan pengguna simkad BESTMobile di tempat anda, anda pasti akan sentiasa dicari-cari oleh rangkaian anda untuk tujuan tambah nilai. Jadi, secara tak langsung, anda telah pun menyelesaikan masalah susah nak cari topup BESTMobile di tempat anda.





Bonanza STK untuk tahun 2015

Sekiranya anda berjaya menjual reload terbanyak dalam masa satu tahun, anda berpeluang untuk memenangi ganjaran berupa sebuah kereta Honda City 1.5 bernilai RM90,000.

Ini bermakna, usaha anda membantu syarikat untuk mengembangkan dan memudahkan para pelanggan mendapatkan topup akan lebih dihargai.

Bandingkan dengan perniagaan topup sebelum ini, saya percaya anda juga setuju bahawa jual topup BESTMobile menerusi program simkad STK ini lebih BEST.

.

Baiklah, sekiranya anda ada sebarang persoalan dan pertanyaan, bolehlah tinggalkan dibahagian komen.

Artikel ini akan saya update dari masa ke masa jika terdapat pertambahan maklumat.


credit by : sabree hussin


Written by

0 comments: