Coverage Yang Digunakan Oleh BestMobile

Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya dan yang nak tahu, BESTMobile ni sebenarnya gunakan fasiliti daripada MNO mana?

Jika ini adalah kali pertama anda mendengar istilah MNO, ianya adalah singkatan bagi Mobile Network Operator.

Dalam bidang telekomunikasi ini, bukan istilah MNO sahaja yang anda perlu tahu, tetapi anda perlu juga ambil tahu tentang konsep MVNO.

MVNO ini adalah singkatan bagi Mobile Virtual Network Operator.

Jika anda minat nak tahu dengan lebih lanjut apa maksud MNO dan juga MVNO, anda boleh klik pada pautan-pautan dibawah.

Klik sini untuk MNO

Klik sini untuk MVNO




Untuk makluman anda, BESTMobile menyewa fasiliti dan talian telefon dari dua syarikat Telco gergasi, iaitu Umobile dan Maxis.

Bermakna, mana-mana kawasan yang liputan UMobile kurang baik, kawasan tersebut akan menggunakan coverage dari Maxis.

Begitu juga sebaliknya, jika sesuatu kawasan itu, liputan Maxisnya kurang memuaskan, dan liputan dari UMobile lebih baik, maka kawasan tersebut akan menggunakan liputan dari UMobile.




Adakah liputan atau coverage BESTMobile ini luas?
Pada waktu catatan ini saya buat, laman web rasmi syarikat BESTMobile masih lagi belum dapat diakses. Laman web syarikat BESTMobile Telecommunication Asia Berhad hanya akan mula beroperasi sekitar bulan April 2014 nanti ataupun pada masa yang lebih awal daripada itu.
Jadi, dalam artikel ini, bagi menjawab persoalan sama ada liputan BESTMobile luas atau tidak, saya sarankan anda untuk semak coverage menggunakan servis yang disediakan di laman web UMobile.
Anda boleh layari laman sesawang UMobile menerusi pautan berikut: http://www.u.com.my/coverage
Sepatutnya anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah

Buat mereka yang ternanti-nanti servis 4G, berita baik untuk anda!
Simkad BESTMobile ini juga support sambungan internet dengan kelajuan 4G.
Walaubagaimanapun, anda perlu semak terlebih dahulu, kawasan anda berada sekarang ni adakah ada liputan 4G atau tidak. Senang cerita, semua tu anda boleh semak sendiri.
Kalau melihatkan pada peta kat atas ni, masih ada kawasan yang tak ada liputan. Namun, jika anda perasan, kawasan yang tak ada liputan tu sebenarnya adalah kawasan banjaran, pergunungan dan hutan.
Jadi, kalau anda berminat nak jadi dealer simkad BESTMobile, janganlah anda pilih kawasan yang tak ada liputan. Pilihlah prospek dikawasan yang liputan dia bagus.

Katakanlah, waktu anda buat semakan tu nanti, anda terjumpa kawasan yang line UMobile tak berapa cantik.
Jangan terus panik!
Cuba buat survey sesiapa yang tinggal dikawasan yang sama. Adakah line Maxis mereka cantik? Kalau line Maxis kat situ cantik, maknanya line BESTMobile juga akan cantik, sebabnya kat kawasan tu BESTMobile akan gunakan coverage dari Maxis.
Ok jelas ya dari segi liputan?
Kalau masih kurang jelas, boleh hubungi saya atau boleh tinggalkan komen kat bawah ni.


Nota: Artikel ini ditulis berdasarkan info yang saya perolehi dalam sesi preview product bersama CEO BESTMobile. Jika terdapat sebarang pindaan, atau ketidaksamaan pada maklumat, antara apa yang saya tulis dengan apa yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan BESTMobile, sila abaikan maklumat yang saya tulis.
Artikel ini akan saya kemaskini dari masa ke masa jika terdapat kesalahan maklumat.


Klik Sini Untuk Join

credit by : sabree hussin


Written by

0 comments: